Orang lain dah untung, kamu?

Standard

Akhir-akhir ni saya dengar ramai pelabur yang serah diri saja untuk melabur unit amanah, tak perlu UTC bersusah payah nak yakinkan mereka. Kenapa? Saya rasa sebab mereka tengok kawan2 mereka yang dah lama invest, dah pun untung. Contohnya, klien2 saya skrg ada yang untung sampai 22% tak sampai 2 tahun melabur. Bila kawan2 dah untung, kita baru nak mula…kan dah rugi? :-)

 

Ye betul, anda perlu hati2 apabila memilih pelaburan, tapi tengoklah dengan company mana yang anda hendak melabur. Selidik latar belakang syarikat, track record, prestasi dana2 dan lain2. Lagi lama syarikat tersebut bertahan, lagi kukuh lah kedudukannya. Selain dari itu, pastikan anda melabur melalui UTC yang aktif memberi ilmu tentang UT, yang rajin mengupdate perkembangan pelaburan anda, bukan agent yang hanya jumpa anda untuk meminta anda melabur dengan mereka.

Unit Trust: Mengapa ada yang untung, dan ada juga yang rugi?

Standard

Assalamualaikum wrt,

 Lamanya saya tak berkongsi di sini. Atas sebab2 tertentu saya tak dapat menulis untuk beberapa bulan yang lalu.
Minggu lepas saya berkongsi tentang tajuk di atas dengan klien2 saya melalui email. Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan orang luar juga.
Sepanjang saya berada di dalam industri Unit Amanah ini, saya pernah berjumpa dengan pelabur yang sedih@marah kerana rugi,  dan pernah juga berjumpa dengan pelabur yang gembira kerana telah untung. Kalau semua pelabur rugi atau untung sikit2 sahaja, takkan industri unit amanah masih kukuh sehingga kini, dah lebih 30 tahun pun..betul tak? Ini bermakna unit amanah ada peminat tersendiri dan mereka berjaya memperoleh keuntungan dengan unit amanah ini.
Di sini saya ingin bertanya kepada Tuan/Puan, kalau dilihat orang yang berbisnes, adakah semua bisnes mereka ini mengaut keuntungan? Ada tak yang rugi?
Ya, betul, ada yang berjaya dan meraih keuntungan, ada yang gagal dan kerugian.
Jadi mengapa ada yang berjaya dan mengapa ada yang gagal dalam berbisnes?
Tuan/Puan tahu jawapannya, iaitu tidak ada strategi, tidak ada ilmu & pengalaman.
Sama juga dengan Unit Amanah@ Unit Trust, jika kita melabur kerana ajakan agent semata2, atau kerana mengikut kawan2, atau ahli keluarga, Tuan/Puan boleh rugi. Kalau melabur tanpa ada ilmu, tanpa strategi, juga boleh rugi.  UTC (agent) juga memainkan peranan penting untuk memastikan klien2 memperoleh keuntungan, iaitu menasihat apa yang perlu 3-6 bulan sekali, bukan sekadar meminta melabur setiap 3bulan sekali.
Ada 3 strategi penting yang perlu kita ikut untuk memastikan keuntungan di Unit Amanah, tak kira bila kita melabur, sekiranya kita ikut 3 strategi ini, insyaAllah kita akan untung lebih baik dari ASB.
1- Melabur untuk jangka masa sederhana, 3-5 tahun.
 Ini kerana Unit Amanah bukanlah skim cepat kaya, tetapi lebih sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana ke panjang. Tempoh ini juga membolehkan pelabur2 mengumpul free unit yang diperoleh daripada dividen setiap tahun.
2- Ringgit Cost Averaging dan Asset Allocation
Tuan/Puan pernah ke Sogo tak? Saya pasti kebanyakan kita pernah ke sana. Di Sogo, selalu didapati mereka mengadakan “Mega sale”.  Jika kita ke sana dan mendapati ada Mega sale, mesti  kita akan ambil peluang untuk shopping, betul tak? Kalau tak shopping masa Megasale, lain kali pergi lagi mungkin dah habis Mega Sale, rugi lah kita ..Sama juga dalam industri UT ini, kadang kala ada Mega Sale, (iaitu harga unit jadi murah), cuma kita tak dapat nak jangka bila terjadinya Mega Sale ini.. Jadi semasa terjadinya “Mega Sale”, kita mesti menggunakan peluang untuk beli unit pada masa itu.
Kesimpulannya, RCA adalah satu cara untuk kita ambil kesempatan ketika harga murah untuk menambah pelaburan.
Untuk klien yang melabur secara lump sum, contohnya ada yang ingin melabur RM100k, saya akan bertanya kepada klien tersebut, adakah mereka boleh menambah pelaburan sekiranya terjadi Mega Sale ini? Jika mereka kata ada duit lain, saya akan letak 100% duit tersebut di Equity Fund, kerana hanya di Equity Fund kita mampu memperoleh keuntungan yang banyak. Sekiranya klien tersebut tidak mempunyai duit lain, saya akan membuat Asset Allocation, iaitu membahagikan RM100k kepada 2 fund, iaitu Equity Fund dan Bond Fund. Ketika berlakunya Mega Sale, saya akan pindahkan dari Bond FUnd ke Equity Fund untuk mengambil peluang membeli unit ketika Mega Sale tersebut.
3- Switching bila perlu.
Mengapa switching? Pertama, jika tahun pertama kita dapati fund yang kita masuk tak perform atau tak ada dividen. Contohnya, ada yang masuk fund China pada 2007, lepas setahun tengok fund itu tak bagi dividen, dan tak meningkat, sedangkan fund2 lain meningkat dengan baik, jadi agent perlu lah menasihati klien untuk switch ke fund lain.
Kedua jika mendapati kita telah untung banyak dan ingin secure keuntungan tersebut.
Ketiga, memindahkan semula keuntungan ke equity fund ketika market sedang meningkat.
Mudah saja kan? :-)
Itu saja perkongsian saya pada hari ni, semoga bermanfaat, saya harap Tuan/Puan semua jelas, Sebarang persoalan berkenaan artikel ini atau berkenaan unit amanah, boleh ajukan di bawah. Terima kasih

Condominium For Rent. Location : Selayang Point

Standard

Salam,

We are looking for new tenant for our condominium in Selayang:

Here are the details:

  • Selayang Point Condo opposite Selayang Hospital
  • Easily accessible via the Selayang-Kepong Highway and it also has easy access to the North South PLUS Highway
  • About 10 KM from 1 Utama, The Curve, Ikea
  • Level 12 facing Twin Tower & KLCC
  • 3 rooms 2 bathrooms
  • Partly furnished, 2 airconds, lamps, fans, kitchen kabinets.
  • 1102 SF
  • Rental / Month: RM1300 including Maintenance
  • Deposit:  2 months rental fee & utility Rm 500 upon agreement
  • Swimming & Wading Pool
  • Playground
  • Gym
  • Roof Top
  • 24 hours security guard
  • Covered Parking
  • Lots of Cafe@ Restaurants, Shops, Mini Markets
  • Cosway
  • Near Giant Store

Preferably Working Female Muslims @ Muslim family with good record with previous house owner.

Need tenant ASAP. Call@SMS@Whatsapp 014-5281089 (Liya), or Call@SMS 013-4003531 (Fendi)

You can find more details about Selayang Point here.

Selayang point Condominium For Rent

Selayang point Condominium For Rent

2cbd6e5ad4684072bc3d6aec827d8ef4-image 73f40fd742139cfe017e379906ba7c48-image 75f98d9841f82617c033375c83cd8a83-image e5eab3572b558bb2f098553f363a4bd6-image

Ada yang untung..ada yang rugi..

Standard

Baru2 ni saya baca perbincangan di forum2 tentang Unit Trust. Ada yang kata..

“aku rugi…baik masuk ASB je…..”

Ada juga yang kata..

“aku untung …….berbaloi2…….”

Bila diperhatikan, org yg ckp rugi tu tak  bgtahu pun berapa lama dia dah melabur…dan kebanyakan yang ckp untung tu..diorg bagi tahu yang diorg dah invest 4 tahun ke atas.

Dalam byk2 bangsa kat Msia ni..agak2 bangsa mana yang paling ramai kena tipu dengan skim cepat kaya? Anda tahu jawapannya:)

Sebab kebanyakan dari bangsa kita ni hanya mengharapkan untung lepas beberapa bulan atau  setahun dua saja melabur..kesian..

Unit trust ni adalah satu medium pelaburan yang “pasti untung” jika anda betul2 faham konsepnya. Kalau rugi , mestilah ada sebab musababnya :)

Gaji bertambah pun hujung bulan mesti habis…….

Standard

Ini adalah luahan 2 orang pensyarah yang berpangkat “Dr” yg saya pernah dengar. Mereka cakap gaji bertambah pun duit asyik habis sahaja. Sampai “tak dan” nak menyimpan. Ye lah, bila kita rasa kita dah kaya, automatically kuasa membeli kita akan bertambah, sbb tu lah duit gaji tak pernah cukup walaupun sentiasa bertambah setiap tahun.

Sebab tu lah pentingnya buat potongan gaji secara automatik, supaya kita konsisten menyimpan dan melabur. Save first, then spend. Ini lah nasihat pakar2 kewangan kepada kita.

Simpanan hendaklah terbahagi kepada dua, short term & long term. Simpanan untuk kegunaan masa terdekat atau Emergency Fund boleh disimpan di Tabung Haji contohnya. Dan simpanan long term untuk persaraan atau pendidikan anak2 boleh lah dibuat melalui pelaburan pilihan anda untuk mendapat pulangan yang lebih banyak. Salah satunya adalah melalui unit trust atau unit amanah.

“ Time is the long term investor’s best friend”. Jangan bertangguh untuk memulakan pelaburan jangka panjang anda.

Proses Perancangan Harta

Standard

Saya nak share sedikit ilmu yang saya perolehi dari pembacaan saya melalui buku Pewaris Jutawan tulisan Ahmad Tarmizi Jusoh, seorang peguam sivil dan syariah.

Dalam hal perancangan harta, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Gunakanlah lima sebelum lima,
1.MUDA SEBELUM TUA.
2.SIHAT SEBELUM SAKIT.
3.KAYA SEBELUM PAPA.
4.LAPANG SEBELUM SIBUK.
5.HIDUP SEBELUM MATI.”

Oleh yang demikian, semasa sihat inilah kita patut merancang kerana badan dan minda kita juga masih sihat.

Bagaimana merancang? Proses perancangan harta hendaklah seperti berikut:

1- Apa yang baik hendaklah dihimpun- proses awal di mana seseorang bekerja keras mengumpul harta semasa hidupnya.

2-Apa yang dihimpun hendaklah dilindungi – Melindungi harta tersebut untuk memastikan ia terpelihara daripada segala bentuk kecelakaan seperti mati mengejut atau penyakit kronik yang menghalang anda utk meneruskan pencarian rezeki. Risiko ini dapat dihindari melalui perlindungan insurans.

3- Apa yang dilindungi perlu dikekalkan – iaitu melalui pelaburan, supaya harta yang sudah disimpan tidak menyusut setelah digunakan. Kebanyakan jutawan melatakkan moto *simpan dan labur sebanyak mungkin* terhadap harta mereka, bukannya “membeli kereta atau rumah mewah semahal yang mungkin”.

4- Apa yang dikekalkan hendaklah dibahagikan – wasiat. Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu”. Riwayat Hadith al-Bukhari dan Muslim

Satu lagi yang saya nak tambah:

5- Pembersihan harta – melalui zakat dan sedeqah:)

InsyaAllah kalau kita amalkan kelima2 ini, kita tidak akan ada masalah kewangan di masa depan kelak.

 

hasliahassan@gmail.com
014-5281089

Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan

Standard

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”

Riwayat at-Thabrani

Huraian
i) Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan.

ii) Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

iii) Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.

iv) Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.

v) Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain. sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.